Antara petikan awal dan terakhir dari cerpen Dunia Schizophernia....
“Skizophrenia adalah suatu gangguan mental yang teruk dicirikan oleh penyampaian proses pemikiran, hubungan dengan kenyataan dan reaksi menurut perasaan.” Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Begitu yang aku ketahui tentang sebuah lorong yang kehilangan nama, ketuanan dan hampir kesemua tradisinya. Walhal, jika dirungkai kembali sejarah, alangkah indahnya pembentukan lorong itu yang digubah oleh sebuah ungkapan yang unik iaitu kesepakatan yang jitu. Tetapi oleh kerendahan hati dan timbang rasa penduduk setempat yang suatu ketika boleh diumpamakan seperti kawanan pengemis, akhirnya runtuh oleh makhluk yang bernama anjing yang terkenal dengan paradok seperti yang pernah aku nyatakan.
Lebih memeritkan lagi, seperti yang aku katakan sebelumnya, ini adalah ceritera yang sudah tersasar dalam penyampaian proses pemikiran, hubungan dengan kenyataan dan reaksi menurut perasaan. Jadi usah percaya dengan paradokku yang sememangnya bercelaru yang memungkinkan ia kelihatan seperti ingin menerapkan sedikit dasar apertied yang terubahkan di dalam sistem demokrasi. Sedangkan jauh di lubuk hatiku yang paling dalam aku hanya ingin menyatakan, “Berbuat baik biar berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali-kali. Jadi perlukah untuk menyirnakan spesis anjing gila yang bergenetikkan serigala jadian?”
Wednesday, July 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment