Tuesday, June 23, 2009

Monderminium Sumpahan Modenisasi



Bila tersingkap bimasakti dekadensi,
kuterundur orbit 52 kali
nyalaan suria langsung membakari
mencairkan ekor komet introspeksi
meluluhkan asteroid biadat bahari
menandai bumi cap jari.

Bisik bumi kepada diri,
“Usah haba pendam disembunyi
lahar perjuangannya gunung berapi
bermagmakan besi perut bumi
panji keris nan sakti
menongkat graviti peradaban abadi.”

Kuterkulai layu diapung senda,
foton pasti takkan tiada
93 juta batu dirempuhinya
merubah monsun menyapu dada
tersasar Alfonso de Alburbuque menodai nusa
terdampar Brooke, beruk dicanda
purba, kini, berulangnya bila?

Di celahan paksi itu,
neptune adalalah watak diriku
asteroid juga komet, disapu
hembusan gelombang elekromagnet patriotisme
berpaksikan planet – cauvinisme, neokolonialisme, cacamerba dan barbarisme.
Katakan pencipta pemusnah juga
monderminium sumpahan modenisasi fana
menghitung metamorfosis infiniti parameternya
perkiraan menyimpang pusaran masa
pasti terungkai hipotesis purba
merekakah sebenarnya anak merdeka?
merdekakah sebenarnya anak mereka?

Frankie Latit
Jun 2009, Kuching.

4 comments:

Penabahari said...

Menarik sajak Frankie kali ini. Byk sekali istilah sains/astronomi. Teruslah berkarya dan bereksperimen.

Korakora said...

ingat ini puisi berunsurkan geologi, mungkin juga astronomi :)

- Perhimpunan Penulis Muda Pena, Ayer Keroh

TUNTUNG LANG said...

tq.. saja cuba mengaitkan erti merdeka dengan astronomi...

TUNTUNG LANG said...

terima kasih saudar Nazmi kerana sudi meluangkan masa bagi menikmati blog diri ini yang tidak seberapa.