Wednesday, May 20, 2009

Perkampungan Penulis Muda Malaysia

Hari ini terasa agak kaku seketika. Maklum sudah dua tahun tidak menjejakkan kaki ke Putrajaya. Menjenguk teman yang ada di sini. Tetapi ia bukanlah sebagai isu utama yang membabarkan keghairahan di hati. Sebaliknya aku ghairah kerana mampu mengikut Perkampungan Penulis Muda Malaysia yang akan diadakan di Melaka. Ia hasil ekhsan pihak PEKASA. Terima kasih kerana memberi peluang keemasan tersebut.Maklum, PPMM ini begitu menarik sejarah perjalanannya. Sejarahnya bolehlah di rujuk dalam website ini.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm.
Ia selain hati teruja oleh keadaan untuk bertemu dengan penulis-penulis mapan selain penulis muda yang lain.Penulis yang bakal berkampung di sana.

No comments: