

(Waspadalah terhadap nabi-nabi palsu yang datang kepadamu dengan menyamar seperti domba, tetapi sesungguhnya mereka adalah serigala yang buas) Matius 7:15
I
“Abah, benarkah manusia gorila purbakala?”
Lingkaran lentera cahaya evolusi
transformasi ideologi.
Dari jernih matanya
berkaca kabus,
selorohku,
itu ateisme arkeologi fana
musang mutasi bulu
mengapi Pencipta, mencairi Ciptaannya
menjadi domba bersifat serigala.
II
“Syaitan pula warnanya apa?”
antara persimpangan menelusuri gelita
merah darah dan hitam dendam.
Kataku,
itulah figuratif lenturan masa
syaitan melalikan hobinya
alpa pegangan itu perimanusia
oleh niat dengan rupa
hamparan lalang dan padi.
III
“Dengar cerita, iblislah kejamnya.”
Persis Zionis meributi Gaza
dengan angin basah melontar bau darah
serta tulang-gemulang beragam.
Terkesimaku,
lidah terpancung hujah
tertancap tirani manusia
berwatak pohon ara
mengarcakan ular cap raya
bersisik jernih persis air
lidah menghembus api nafas.
IV
Anakku cuba mengakhiri, “Iblis itu manusia syaitan, bukan binatang purba.”
Kuterpampan wicara,
takut disendakan ketam dan anaknya.
Atas yakinku,
manusia kian lusuh tamadun
Kitab makin rapuh cengkaman
oleh rantaian kuasa dunia.
Maka, Kuamanatinya,
selami introspeksi
dengan doa kekhilafanmu, anakku
pada awan yang kau genggam
kerana Malaikat di pundak
pasti mengutip atom-atom
artifak hidupmu.
Anak Kecilku Petah Bertanya:
Langgai Berujan aka Frankie Latit
04/02/2009 – Kuching.
2 comments:
Frankie,
Puyisi sdr semakin menyengat.Teruskan usaha, saya pasti sdr punya bakat.Saya semakin menyukai tulisan sdr.
tq Abang Pharo. Ya pun kamek bnyk mengkaji puisi2 termasuk ktk empun puisi. mauk belajar ajak.
Post a Comment