Sunday, February 15, 2009

Deru Benak



syukur. Setelah bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan novel yang pertama saya. satu langkah yang rasanya agak kurang bijak untuk penulis yang baru merangkak cuba untuk menghasilkan novel. Walaupun ia hanya mungkin untuk dijadikan sebagai kajian semata-mata. kajian tentang perasaan penulis-penulis yang menghasilkan novel. Alangkah!!! terharunya saya. sepatutnya dari dulu lagi saya menghargai semua karya pencinta sastera.
sesungguhnya, inilah pentingnya ia menjadi satu ujian buat diri. untuk menyedarkan diri. dan itulah harganya novel yang baru saya siapkan kini.
berbalik kepada novel itu, saya rasa ia memiliki sesuatu kelainan dari karya yang pernah ditulis tentang bandar Sri Aman. Maklum, kebanyakkan penulis sebelum ini adalah dari kalangan orang luar.Nah! mungkin inilah satu keindahannya novel DERU BENAK ini. ia juga adalah tentang sejarah kehidupan penduduk setempat yang saya adalah salah seorang yang melaluinya dari kecil hingga kini. tetapi sesuatu yang mengaibkan untuk saya kerana lupa akan asal usul diri. Jadi DERU BENAK itulah yang memanggil saya untuk kembali. menghayati sejarah, tamadun, pemikiran, falsafah, budaya dan pelbagai pertentangan hidup dari segi cinta akan alam dan cinta terhadap keluarga dan cinta terhadap tanggungjawab itu sendiri.
Ah! Alangkah terujanya saya. Alangkah teruja untuk menyatakan 'perasaan' BENAK yang masih merobek sungai Skrang dari dulu lagi. Tidak akan terpadam selagi sg Skrang masih wujud. Yang terhakis hanyalah tebingannya seperti terhakisnya sebuah impian yang tersimpan di dasarnya bersama Lagenda Bujang Senang.
Sekian. Terima kasih.

Anak Jati Sri Aman.

No comments: