Thursday, January 22, 2009

Sesal Yang Tiada Sesal




SESAL YANG TIADA KESAL

(Buat Insan Yang Tidak Sesal Tetapi Kesal Dengan Kesilapannya)

Dia pernah menyatakan sesal
Dia pernah menyatakan kesal
Sesal kerana terlalu kesal
Kesal kerana terlalu sesal
Sesal yang tiada kesal
Kesal yang tiada sesal.

Benarkah dia begitu sesal?
Benarkah dia begitu kesal?
Atas sesal tiada kesal
Atas kesal tiada sesal
Sesal sebab terlalu kesal
Kesal sebab terlalu sesal
Kerana sesalnya penuh penafian
Kerana kesalnya penuh keangkuhan.

Betulkah dia sudah sesal?
Betulkah dia sudah kesal?
Atas sesal yang kesal
Atas kesal yang sesal
Sesal atas tersilap perancangan
Kesal atas tersilap percaturan
Kerana dia bukan sesal
Kerana dia bukan kesal
Oleh sesal yang menyesalkan
Oleh kesal yang menginsafkan.


Sesal Dan Kesal Itu Manisan:

Langgai Berujan aka Frankie Latit

07/01/2008 – 0000 – Taman Riverview Kuching.

No comments: