Salam. Hari ini saya berkesempatan untuk mencernakan secebis rasa di blog ini. Terasa agak rindu pula untuk menatapi wadah dan perkembangan teman-teman yang lain. Maklum agak lama tidak berkesempatan untuk berbicara.
Oh! ya sebelum lupa, ingin saya maklumkan bahawa pada 11. Februari ini, cerpen saya bakal disiarkan di ruangan Utusan Sarawak iaitu wadah bahasa. Sebenarnya, sudah agak lama saya menyimpan cerpen ini dan tidak berkesempatan untuk menghantarnya. Maklum, saya masih budak mentah yang baru belajar. Tidak salah bukan?
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong julukan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong ajarkan.
Begitu versi saya. Sama juga seperti saya menghasilkan cerpen Empayar Malakut Sepi. Ia lebih kepada luahan hati yang saya rasa agak terkesima dengan keadaan pembangunan sekarang. Ya, ia adalah adunan sebenar kehidupan pemindahan penduduk akibat empangan hidroelektrik seperti di kawasan saya... LA.. Los Angeles kot???
Harapan saya, walaupun ia tidak sehebat mana, tetapi semoga hasrat dan impian saya dapat saya sampaikan.
Sekian. Semoga Malakut Sepi tidak menyepi dalam hati kita.
No comments:
Post a Comment