Maaf kerana agak lama untuk menyepi di blog ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Maklumlah sekarang ini saya sedang berjuang untuk menulis sebuah novel pertama saya bagi menyertai pertandingan menulis novel anjuran DBPCS yang akan berakhir pada 31 Mei ini. Tajuknya lebih kurang begini " Deru Benak". Ceritanya saya rasa agak menarik bagi saya yang suka syok sendiri. Bukan apa, saja untuk saya cipta sebuah karya untuk tempat kelahiran sendiri. Walaupun mungkin ada yang pernah mencetuskannya atau menulisnya. Tapi rasanya tidak sama dengan naluri hati anak jatinya. Bukankah begitu atau hanya saya rasa syok sendiri? Maklum saya bukan orang yang pandai mengkritik usaha orang lain. Saya hanya mengerti untuk menghargainya. Alangkah lembutnya hati jantan saya ini.
Doakan semoga saya mampu menyiapkannya. Sesungguhnya baru saya sedar betapa kita perlu menghargai usaha seseorang itu untuk menghasilkan karya. Renung- renungkan walau hakikat anda adalah pengkritik atau peminat. Ia sebenarnya memerlukan penilaian dari hati dan bukan sekadar mengikut kehendak otak yang meransang kita untuk berfikir. Nilailah dengan hati sebagai seorang insan atau sahabat.
Tahniah buat Saudara Jaya Ramba kerana kumpulan Cerpen saudara sudah dapat diterbitkan. Doakan semoga saya mampu menyusuli kejayaan saudara itu.
Sekian buat kali ini. Terima kasih.
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
semoga sdr Frankie sukses dalam menghasilkan novel pertama
Terima kasih Abg Pharo..
Sudi-sudilah memberi tunjuk ajar tentang puisi di blog saya. Terima kasih
Post a Comment