Wednesday, October 29, 2008

Introspeksi Yang Makin Membara



Semalam aku terkedu,
Taksub terhadap introspeksi diri,
Meragut bunga di laman
yang baru menjengah mentari
di pelupuk danau
yang sukar dimengerti
dasar yang tersembunyi

hari ini aku terkaku,
terasa kerdil menjalar
merangkak di mata hati
sedar dan sedar sendiri
aku cuma boneka dunia
yang gagah di jauhari diri
mencari introspeksi


esok mungkin aku terus begini
atau mungkin lena diulit mimpi
mungkin juga terus mengabdi
kerana aku telah sedar
diri baru belajar
merangkak tidak terus terpacak
seperti insan yang kian lupa diri
yang terus gah berdiri
takbur sebagai pejuang seni
gah kerana petah
menikmati asam garam
duniawi
berbanding aku insan kerdil
yang masih mencari erti
Introspeksi........



Buat Yang Mengerti:

Langgai Berujan

No comments: