Thursday, September 18, 2008

keyakinan

Keyakinan

Dr_ Yakin@Yahoo.com

Berdirinya seteguh kota metropolitan,
Lagaknya seangkuh Mentari menyinar,
Kasihnya menjadi junjungan,
Kukuhnya sukar digambarkan,
Utuh yang tiada tandingan.
Angkuh yang kukuh dan padan,
Menempuh semua cabaran,
Meredah ranjau perjalanan,
Bersama menghitung hari yang bakal berlalu,
Ke arah jalan yang dituju.
Utuhnya ribut kemenangan,
Meleraikan persimpangan persoalan,
Menghantui akal dan fikiran.
Menenangkan jiwa setiap insan.
Kepuasan yang tiada sempadan.
Keheningan demi keheningan,
Rakus dalam pelbagai kerakusan,
Mencalar lantas mencengkam,
Di dada dada yang menghampar,
Membungkam yang memeritkan.
Tapi mengapa masih begitu,
Kekasih yang tetap menunggu,
Menanti gurau sendamu,
Cuma diri yang belum tahu,
Keyakinan yang membungkam kalbu
Anugerah yang mungkin diketemu,
Keyakinan menempuh harimu.

1 comment:

Anonymous said...

Terima kasih atas sapaan sdr di blog saya, juga kerana mengikuti perkembangan saya yang kecil ini. Saya juga seperti sdr, masih belajar, ramai lagi yang lebih hebat dalam dunia penulisan, saya ibarat serangga di belantara sastera cuma. Tapi kiranya sdr sudi berkongsi-kongsi ilmu, saya amat senang sekali. Tapi janganlah terlalu mengharap pada saya yang fakir pengalaman ini.