
Kerana lena kita bermimpi
Kerana mimpi kita lena
Tiada lena tiada mimpi
Tiada mimpi tidak lena
Kerana lena kita terlena
Kerana mimpi kita bermimpi.
Tanpa lena kita bermimpi
Mimpi pasti melenakan kita
Tanpa mimpi kita terlena
Lena pasti diulit mimpi
Kerana lenalah kita bermimpi
Kerana mimpilah kita terlena
Terlena oleh mimpi
Dalam mimpi yang tiada lena.
Lena Diulit Mimpi:
Langgai Berujan
(Tmn Riverview-2330-15/12/2008)


No comments:
Post a Comment